Make your own free website on Tripod.com

 Alahai "JavaScript".....

Seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia atau di mana sahaja, sekolah ini juga menggunakan JavaScript untuk menambah(enhance) laman kami. Sekolah ini menggunakan JavaScript dengan tujuan untuk menjadikan ianya kelihatan "cool" pada kami atau pada sesetengah orang-orang lain tetapi mungkin tidak kepada orang-orang yang tidak suka JavaScript.

Walau apa alasan atau pandangan, kita mestilah ingat bahwa JavaScript bukanlah 100 peratus selamat untuk digunakan. Disebabkan ada beberapa kelemahan/cacat(Bugs) dalam JavaScript kalau ianya disalah guna boleh menghancurkan crash) "browser" (java capable) kita bila kita termasuk ke laman yang tidak bertanggungjawab. Contoh-contoh ini boleh di lihat dialamat ini http://www.digicrime.com/ llihat bagaimana dengan mudahnya mereka mematikan browser kita.

Kami seperti orang-orang lain juga mempunyai niat yang baik dimana kami menggunakan JavaScript dengan hanya mengambil yang baik darinya tetapi bukan yang tidak baik atau yang merosakkan. Kami tidak berminat untuk mengkaji mengapa JavaScript ada "bugs"  (kelemahan/cacat)atau tidak kerana kami bukan ahlinya dalam bidang itu.

Kami sedar bahawa ramai pelawat ke laman sekolah ini merasa terkilan atau mungkin tidak kerana mereka diawasi/track semasa cuba masuk ke sini. Jangan bimbang, kami bukanlah bertujuan menakutkan saudara-saudari ke sini melainkan ianya hanya sebagai tujuan statistik.

Dan akhir sekali, didalam kegairahan kita mencipta dan melawat laman-laman di internet ingatlah bahwa "browser" kita samaada Netscape 2.0, 3.0,4.0 atau Internet Explorer 3.0 yang kita biasa gunakan tidaklah 100% boleh dipercayai kebolehannya, ianya masih boleh diceroboh oleh orang lain. Kalau saudara-saudari tidak percaya sila lawat laman ini yang dibawah ini. Amaran, jangan cuba kalau anda tidak bersedia untuk ini.http://home1.swipnet.se/~w-17454/invoke.htm Jangan salahkan saya kalau apa-apa berlaku kepada "browser" saudara-saudari. Ya, benar kalau anda padamkan/disable JavaScript anda di dalam preferences browser saudara/ri tidak "crash" tapi apalah maknanya lagi? Takkanlah setiap homepage/laman yang kita lawati nak padamkan JavaScript.

Saya telah mencubanya dan saya pasti orang-orang seperti mereka ini boleh buat lebih dari apa yang mereka tunjukkan itu. Walaupun kami tidak berminat kepada orang-orang seperti ini, tetapi kita tidak boleh pandang ringan sahaja. Kalau saudara-saudari ada "kod" yang lebih hebat dari orang-orang ini jangan e-mail saya tentang perkara itu, tetapi kalau saudara-saudari mempunyai idea bagaimana untuk bersedia dalam keadaan dimana kita boleh diceroboh sila e-mail saya atau dengan mengisi borang dibawah ini.

E mail Anda  
Komen Anda


Masri Abdul Wahab
Penasihat Kelab Komputer/Internet
SM Lepar Hilir Gambang, Pahang
.

Kembali muka depan