FAKTA | BUDAYA KAUM BANJAR | KAYUH BAIMBAI |
Mengikut sejarah kaum Banjar
di Malaysia berasal dari beberapa tempat di Kalimantan Indonesia. Mereka
berhijrah ke Malaysia(TANAH MELAYU) pada awal abad ke 18. Mereka mempunyai
kemahiran dalam pertanian dan juga pertukangan emas, sedikit dalam perniagaan.
Kaum Banjar menjadikan institusi kekeluargaan sebagai penting dalam kehidupan
dan agama Islam sebagai pegangan yang kuat. Tidak hairanlah ramai bijak-pandai
Islam masakini dan dahulu dipelopori oleh kaum ini.
Kaum Banjar dapat dikenali melalui warna kulit sawo matang agak keputih-putihan dan mempunyai kelopak mata yang agak sepit. Mudah senyum dan peramah tetapi agak berhati-hati dan pendiam apabila berada dalam kumpulan bukan Banjar. Di Malaysia kaum Banjar ramai
tinggal kawasan Bagan Serai, Sungai Manik, Teluk Intan dan Parit Buntar
di Perak. Di Selangor pula Banjar ramai tinggal di Sungai Besar, Sekincan
dan Sabak Bernam. Di Johor ramai kaum ini boleh didapati di Batu Pahat.
FAKTA BARU SUMBANGAN EN. MOHD SALLEH SOHOT- Terima kasih dari pihak editor NAMA: mohd salleh sohot E-mail: mohammad_salleh@hotmail.com Homepage: http:// COMMENTS: ASSALAMMMUALAIKUM W.B.T SAUDARA-SAUDARI SEKELIAN................................ Saya adalah anak banjar batu pahat johor,fakta sejarah mengenai asal banjar ini saya mengambil dari pertanyaan saya dengan orang tua-tua,ini cuma sebagaipengetahuan sahaja jika salah bolih komen tapi minta maaf jika salah tu boleh dimaafkan. Banjar yang ada dimalaysia memang asalnya dari banjar masin kalimantang indonesia.semasa kedatangan awal kebanyakkan nya mendarat sebahagian diperak, p.pinang dan sebahagian dijohor dan singapura.kebanyakan dari mereka mempunyai kelompok dan loghat yang berlainan tapi istilahnya tetap banjar, contoh nya banjar alai,banjar keluak dan sbgnya.terdapatnya dijohor dan selangor,n.sembilan adalah kerana semasa kedatangan jepun bermula dikelantan dan jepun mara kearah selatan melalui pantai barat,dimasa itulah kebanyakan orang banjar khususnya bergerak keselatan tanah airuntuk menyelamatkan keluarga dan diri masing-masing,mengikut ceritanya dimasa itu kebnayakan dari mereka adalah pesawah yang dibuka oleh mereka sendiri,mana yang dapat bertahan kekal diperak dan pulau pinang, mana yang lari terpaksa lari keselatan tanah air oleh sebab itu ada orang banjar yang bergerak keselangor,n.sembilan dan johor tapi teralu sedikit yang berada dimelaka,itu saya akanterangkan kemudian atau lain! masa. semasa pemerintahan jepun kayu ubi adalah makanan asasi mereka,malah adik aruwah atuk saya sendiri menjadi buruh keretapi maut dan sampai atuk saya meninggal ianya tidak dapat dihubungi.orang banjar memang pandai menanam padi itulah kelebihan yang terdapat pada orang banjar ianya sama seperti orang utara ( asalnya pun orang indonesia ) dan orang jawa ( juga beasal indonesia).Banjar juga terdapat dimersing dan singapura kenapa?saya akan bercerita mngenai sejarah ini pada lain kali.untuk pengatahuan semua banjar dimersing dan singapura ada berkait rapat dengan orang besar dibanjar masin kalimntang indonesia.oleh sebab itulah jika benar-benar diselidik mengikut salah silah setiap keluarga banjar pulau pinang, selangor,perak dan johor memang bersaudara. sekian terima kasih. yang benar, MOHD SALLEH SOHOT. 019 3649692.+ ***Fakta Sumbangan En. SABLI BIN BAKRI (UNIVERSITI MALAYA, MALAYSIA)*** ***Fakta Sumbangan En. Mahmood Abdul Rahim(SINGAPURA) Berbunyi demikian...*** |